Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Johan Nasihat Zizan Cepat-Cepat...

KEAKRABAN yang terjalin di antara pelawak popular Johan dan Zizan memang tidak dapat...

‘Kereta Terbang’ Bakal Diuji...

KUALA LUMPUR - ‘Kereta terbang’ yang akan diuji oleh Menteri Pembangunan Usahawan pada...

Tiada Pembantu Rumah Bukan...

PETALING JAYA - Agensi pembantu rumah terkejut dengan arahan 'baharu' oleh Jabatan Imigresen...

Adi Putra Tak Hadir...

PELAKON Adi Putra tidak hadir buat kali kedua semasa sebutan kes perceraiannya dengan...

Pemandu Kenderaan Diingat Lebih Berhati-Hati

SEREMBAN – Pemandu kenderaan diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak berlakunya kemalangan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata pemanduan secara berhemah mampu mengelakkan perlanggaran di samping rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan konsentrasi sentiasa dalam keadaan baik semasa memandu.

“Pemanduan berhemah adalah satu cara pemanduan yang dapat mengelakkan dan menyelamatkan diri daripada berlaku perlanggaran, walaupun disebabkan oleh kesilapan pengguna jalan raya yang lain.

“Tetapi kadang-kadang kita gagal untuk mematuhi peraturan jalan raya dan ini yang mengundang dan menyebabkan kemalangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian lapan maut dengan enam daripadanya rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 Jalan Bahau-Keratong, di sini, pada 2.20 petang semalam.


Mohamad berkata keletihan akibat kurang rehat dan tidur juga akan menjejaskan tahap keselamatan yang boleh mengundang kemalangan di jalan raya.

“Selain itu, pastikan juga kenderaan kita berada dalam keadaan selamat untuk perjalanan jauh. Biar kita lambat tetapi kita sampai ke destinasi dengan selamat…jangan tergesa-gesa,” katanya.

Ditanya sama ada Jalan Bahau-Keratong akan dibesarkan atau dilebarkan, beliau berkata jalan itu adalah jalan persekutuan dan cadangan itu terpulang kepada kajian daripada kementerian terlibat.- BERNAMA

Kategori