• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia terlepas slot automatik ke Final Liga Hoki Lelaki Dunia (WMHL) di India, Disember ini, apabila menduduki tempat keempat selepas kalah 4-1 kepada England pada saingan Separuh Akhir WMHL di London, malam ini.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, skuad negara gagal memberi saingan kepada England apabila ketinggalan 0-3 selepas minit ke-28 perlawanan.

England, yang kalah tipis 2-0 kepada Belanda pada aksi separuh akhir semalam, memulakan perlawanan dengan rentak kemas dan pantas sebelum pakar pukulan sudut, Harry Martin membuka tirai jaringan seawal minit kelima.

Empat minit kemudian, David Ames melakukan jaringan padang untuk memperkukuhkan kedudukan sebelum Harry menambah jaringan peribadi keduanya pada minit ke-28.

Bagaimanapun, skuad Malaysian Tigers merapatkan jurang pada minit ke-53 menerusi jaringan padang oleh Faizal Saari sebelum England menutup tirai jaringan seminit sebelum tamat perlawanan oleh Phil Roper pada minit ke-59.

England, selaku pasukan ketiga terbaik pada kempen ini, layak ke Final WMHL di Bhubaneswar, akhir tahun ini manakala Malaysia masih mempunyai peluang merebut slot terakhir sekiranya dapat mengatasi pasukan keempat bagi kempen Separuh Akhir WMHL di Johannesburg, Afrika Selatan.

Hanya tiga pasukan terbaik masing-masing bagi kempen Separuh Akhir WMHL di London dan Johannesburg, Afrika Selatan, mara ke pusingan final yang mengandungi lapan pasukan.

India, selaku tuan rumah, mendapat slot ketujuh manakala slot terakhir akan menjadi penentuan perlawanan antara pasukan keempat di London dan Johannesburg.

Bagaimanapun, Malaysia menempah slot automatik ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India apabila lima pasukan terbaik kepada kempen Separuh WMHL di London layak ke pusingan akhir Piala Dunia. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd