• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Idris Tangani Kemelut FGV Pilihan Tepat

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali dalam meneliti kemelut yang sedang melanda Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) adalah tepat serta penuh kredibiliti.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, berkata Idris merupakan individu paling layak dipilih oleh kerajaan untuk bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi pihak lain.

“Saya yakin keputusan yang dibuat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) itu serta membuktikan kerajaan serius dengan isu-isu berkaitan integriti selain Idris sendiri akan menjalankan tugas itu dengan telus bagi memastikan tiada yang terlepas jika terbukti wujud penyelewengan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Program Sentuhan Kasih Semarak Ramadan di sini hari ini.

Pada program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Kedah dan Perlis itu juga seramai 30 anak yatim dari kedua-dua negeri terbabit dirai dengan pemberian sumbangan Aidilfitri.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Mohd Puad turut melontarkan pandangan agar Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad meletak jawatan.

“Cara terbaik bagi saya ialah mereka perlu letak jawatan secara bermaruah, kemudian biarkan Idris membuat siasatan untuk menyelesaikan hal tersebut.

“Ia juga untuk kebaikan melibatkan aspek seperti persepsi dan keyakinan awam, kebaikan pemegang saham dan peneroka FELDA, selain saya melihat mereka sudah tidak boleh bekerjasama lagi,” katanya.

Mohd Puad turut menyifatkan peperangan antara Isa dan Zakaria amat memalukan kerana tidak mengambil langkah perbincangan antara mereka.

“Perkara seperti ini (kemelut FGV) tidak seharusnya berlaku kerana rasionalnya ia boleh diselesaikan secara musyawarah, tetapi apa yang berlaku mereka bergaduh secara terbuka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mohd Puad ZarkashiDatuk Seri Idris JalaFGV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd