• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Bekas Tahanan Korea Utara Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
21/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pelajar universiti warga Amerika Syarikat (AS) yang merupakan bekas tahanan di Korea Utara selama 17 bulan meninggal dunia di sebuah hospital Cincinnati pada Isnin, beberapa hari selepas dibebaskan.

Menurut keluarganya, doktor memaklumkan bahawa Otto Warmbier yang ditahan di Korea Utara semasa mengunjungi negara itu sebagai pelancong, 22, mengalami kerosakan otak.

“Malangnya, layanan tidak sepatutnya dan penderaan diterima anak lelaki kami oleh Korea Utara menyebabkan kami menanggung kesedihan seperti yang dialami hari ini,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan selepas kematian Warmbier.

Menurut keluarganya, Wambier mula koma sejak Mac 2016, sejurus selepas dijatuhi hukuman selama 15 tahun melakukan kerja berat di Korea Utara.

Pada Khamis, pakar perubatan di Pusat Perubatan Cincinnati yang merawatnya berkata, Wambier tidak menunjukkan tanda-tanda memahami perbualan atau apa yang berlaku di sekitarnya, selain gagal membuat sebarang pergerakan.

Menurut media Korea Utara, Wambier ditahan kerana kesalahan mencuri barang berkaitan dengan slogan propaganda.

Bagaimanapun, Korea Utara membebaskannya pada minggu lalu atas dasar kemanusiaan.

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga Warmbier.

Menurut Trump, beliau mengecam tindakan Korea Utara dan menyifatkan negara itu ‘rejim yang kejam’. – Reuters/myMetro Online

Tags: Korea Utarapelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd