• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Bagan Serai Edar 20,000 Kotak Kurma Ramadan

oleh AK-47
10/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Pusat Khidmat Parlimen Bagan Serai menyemarakkan program Ihya Ramadan dengan mengedarkan 20,000 kotak kurma secara percuma kepada penduduk dalam parlimen itu, sepanjang bulan Ramadan ini.

Anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata pengagihan kurma kepada penduduk parlimen itu membabitkan peruntukan sebanyak RM200,000 diadakan setiap kali tibanya Ramadan bagi memeriahkan lagi suasana bulan ini.

“Selain itu, kami juga akan memperuntukkan RM300,000 untuk diberikan kepada 3,000 anak yatim dan fakir miskin di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Selinsing, Gunong Semanggol dan Alor Pongsu dalam parlimen itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pihaknya juga turun ke bazar Ramadan untuk mengedarkan kotak kurma kepada pengunjung bazar berkenaan dalam mendekatkan pemimpin dengan rakyat.

Selain itu, Noor Azmi berkata pihaknya juga sedang mengedarkan kira-kira 40,000 kad Aidilfitri kepada pengundi di sekitar parlimen itu.

“Kita harap dengan pengedaran kad berkenaan membuktikan pemimpin tidak melupakan rakyat yang menjadi pengundi di parlimen ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kurma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iraq Bakal Tanam Semula 70,000 Pokok Kurma

28/06/2018
0

KERBALA - Iraq bakal menanam 70,000 pokok kurma di selatan Baghdad, dengan harapan memulihkan semula tanaman terkenal di seluruh Asia...

SSM Serbu Firma Pelaburan Kurma Tidak Didaftar

10/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu ke sebuah syarikat di sini, hari ini selepas disyaki menawarkan skim pelaburan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd