• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Optimis Tarik 15 Juta Pelancong

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jumlah kehadiran pelancong ke Pahang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dicatatkan meningkat kepada lapan juta berbanding hanya enam juta pelancong tempoh sama pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata peningkatan tersebut berikutan kempen berterusan dan agresif untuk menarik kehadiran pelancong bersempena Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017.

“Selain kempen yang berterusan menerusi laman sosial dan televisyen serta radio, kita juga telah mengadakan banyak aktiviti dan acara baharu bagi menarik kehadiran pelancong di negeri ini.

“Hasilnya jumlah kehadiran pelancong dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan kita optimis mampu mencapai kehadiran 15 juta pelancong seperti yang disasar sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya antara tempat produk baharu pelancongan yang kini sedang giat dipromosikan di negeri ini ialah Taman Rekreasi Che Minah Sayang di Maran atau dahulunya dikenali sebagai Lubuk Ujid, kawasan paya ‘Black Water Jewel di Pekan, dan Merapoh Run di Lipis.

Selain itu, Mohd Sharkar berkata acara pelancongan seperti kayuhan basikal Kuantan 160 Century Ride, memancing Royal Pahang Billfish Century Ride International Challenge dan selaman Start in Tioman turut diadakan kerana mempunyai peminatnya tersendiri dari dalam dan luar negara.

“Kita dapati sejak kebelakangan ini acara yang berbentuk sukan pelancongan mempunyai pengikut yang tersendiri dan oleh sebab itu kita akan memikirkan untuk memperbanyakkan lagi acara seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

Dalam masa sama, katanya kerajaan negeri akan terus memperhebatkan promosi TMP 2017 selepas sambutan Aidilfitri nanti dengan mengadakan siri jelajah seluruh Malaysia.

“Untuk jelajah peringkat Zon Selatan, kita bersama penggiat pelancongan telah pun selesai melakukannya pada Mei lalu dan selepas ini kita akan meneruskannya ke Zon Utara, Zon Timur sebelum ke Sabah dan Sarawak.

“Kita juga akan ke Kazakhstan, China, India dan Turki berikutan ada permintaan untuk kita mengadakan promosi di sana,” katanya. – BERNAMA

Tags: PahangPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd