• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Kesan 6 KRU Kapal MT Putri Sea Ditamatkan

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam anak kapal MT Putri Sea yang hilang semasa kapal terbabit dilaporkan terbakar dan karam, dekat Pengerang, Khamis lepas, ditamatkan semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Maritim Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata operasi berkenaan ditamatkan pada 7 petang semalam kerana tiada petunjuk atau tanda berkaitan mangsa yang hilang.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Maritim Selatan melalui Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah melaksanakan SAR bagi mengesan enam kru kapal MT Putri Sea yang hilang semasa kapal MT Putri Sea dilaporkan terbakar dan karam pada pagi 15 Jun lepas.

“Operasi dilaksanakan selama empat hari bermula 15 hingga 18 Jun (semalam) meliputi keluasan pencarian hampir 45 batu nautika persegi serta pencarian di sepanjang pantai Pengerang,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya operasi berkenaan melibatkan lebih 50 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sanifah berkata operasi berkenaan turut dibantu pihak Singapura dan Indonesia bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan perairan masing-masing tetapi masih tiada penemuan terhadap mangsa.

Katanya operasi SAR akan diaktifkan semula sekiranya terdapat laporan berhubung penemuan mangsa yang hilang.

“Walaupun SAR ditamatkan, namun, operasi bagi melawan tumpahan minyak masih diteruskan dengan dikoordinasikan oleh Jabatan Laut Malaysia dan turut dibantu Jabatan Alam Sekitar, APMM dan agensi lain yang berkaitan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati semua komuniti maritim supaya menjaga keselamatan dan mematuhi peraturan kelautan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

APMM katanya turut mengalu-alukan orang ramai menghubungi talian MERS 999 atau MRSC Johor Bahru di talian 07-2219231 untuk sebarang aduan kecemasan atau jenayah di laut.

Awal pagi Khamis lepas, enam anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang apabila kapal tangki tersebut meletup dan dipercayai tenggelam di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Tanjung Pengelih, dekat Pengerang.

Anak kapal berkenaan dikenali sebagai Akhmad Faharuddin, 35; Muhamad Heri Hernanda, 28; Abdur Rahem, 31; Rendy Alamanda, 28; Sulkifli, 39, dan Yohanis Sumari, 35.

Kapal MT Putri Sea dipercayai membawa muatan minyak mentah dan telah didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea.

Laporan kehilangan kapal berkenaan diterima daripada Polis Pengawal Pantai Singapura (SPCG) sekitar jam 5 pagi setelah ejen kapal cuba menghubungi kapal berkenaan tetapi gagal.

Semalam, TLDM berjaya mengesan objek di bawah air berupa kapal karam dipercayai MT Putri Sea.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata objek itu dikesan Kapal Diraja (KD) Perantau menggunakan “sonar multi-beam”. – BERNAMA

Tags: APMMMT Putri Sea
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd