Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Dapatkah PRN Melaka Berlangsung...

KUALA LUMPUR - Mahu tak mahu, kita terpaksa berdepan juga dengan Pilihan Raya...

Foodpanda Diminta Kaji Semula...

PETALING JAYA - Pihak pengurusan Foodpanda digesa mengkaji semula pelaksanaan skim pembayaran gaji...

Kini Maszlee Kata SMPC...

SELEPAS dikritik, akhirnya Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berjanji sedia peruntukan kepada sekolah...

Cadangan Cuepacs Naik Gaji,...

SEREMBAN – Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam...

Bomba Teruskan Operasi Cari Mangsa Hanyut

DUSUN TUA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan kejadian lelaki hanyut yang videonya tular di media sosial sejak petang semalam.

Malah usaha mengesan mangsa, Taufik Alias, 24, yang dikhuatiri lemas selepas hanyut dalam kejadian itu diteruskan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Sani Harul berkata, operasi yang bermula malam tadi disambung pagi ini.

“Mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan di sungai berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua.

“Mangsa hanyut bersama motosikalnya dan mengikut pergerakan arus, mangsa mungkin hanyut ke Sungai Serai,” katanya.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dikerahkan ke lokasi bagi membantu operasi pencarian.


Hujan lebat semalam menyebabkan paras air sungai berkenaan naik mendadak dengan arus deras. Mangsa dipercayai terjatuh ke sungai berkenaan ketika menunggang motosikal.

Video kejadian yang memaparkan mangsa terkapai-kapai dalam arus deras sungai berkenaan menjadi tular di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori