• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Selamat: Polis Labuan Sasar Sifar Kemalangan

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Polis Labuan menyasarkan sifar kemalangan sepanjang Op Selamat yang memberi tumpuan 18 kawasan hitam yang sering berlaku kemalangan jalan raya di  pulau bebas cukai ini.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata 18 kawasan hitam itu termasuk Jalan Tun Mustapha, Jalan Tg Batu/Tg Purun, Jalan Rancha-Rancha, Jalan Patau-Patau, Jalan Pohon Batu, Jalan Bebuloh dan Jalan OKK Abdullah.

“Labuan bukanlah sebuah pulau besar, tetapi, kami masih merekodkan 43 kemalangan dengan empat kematian sepanjang 15 hari Op Selamat tahun lepas,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan Op Selamat di Terminal Feri di sini hari ini.

Beliau berharap Op Selamat pada tahun ini akan dapat mendidik pemandu supaya lebih berhemah di jalan raya dan sekali gus mengurangkan kemalangan.

Beliau menasihatkan orang ramai yang kembali ke kampung masing-masing untuk menyambut Syawal agar memandu secara selamat dan berhati-hati.

“Mereka yang pulang ke kampung, harus memaklumkan kepada balai polis berhampiran untuk mengisi borang ‘balik kampung’ bagi membolehkan kereta peronda polis menjalankan rondaan di kawasan perumahan mereka untuk menangani masalah pecah masuk.

“Bagi sambutan Hari Raya tahun ini, hanya 10 peratus anggota diberi cuti, yang selebihnya 90 peratus, akan bertugas termasuk saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Op Selamatpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd