• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obor KL 2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

oleh Ahmad Albab
05/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Selepas diarak di Labuan, obor Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 kini berada di Sabah dan dibawa menuju ke puncak Gunung Kinabalu yang merupakan mercu tanda Negeri di Bawah Bayu itu sebelum larian diteruskan di seluruh negeri esok.

Obor itu diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah Yamani Hafez Musa kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Timpohon Gate, Taman Kinabalu di Kundasang, dekat sini.

Ia merupakan laluan permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu, dan kira-kira jam 9.45 pagi tadi sebelum acara pelepasan dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Ranau, Faez Nordin.

Pendakian yang diketuai Khairy itu menyaksikan penyertaan seramai 24 pendaki dan melibatkan laluan sejauh 4,095.2 meter.

Bercakap kepada pemberita sebelum memulakan pendakian, Khairy berkata beliau dan rombongan pendaki terlebih dahulu akan bermalam di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada awal pagi esok bagi menyalakan obor.

“Selepas itu, obor tersebut akan dibawa turun dan akan mula dibawa menjelajah ke beberapa daerah di Sabah sebelum ia diserahkan ke Sarawak,” katanya.

Khairy berkata pendakian membawa obor KL 2017 ke puncak Gunung Kinabalu adalah satu pengalaman mencabar memandangkan ini adalah kali pertama beliau mendaki gunung itu dan dilakukan ketika bulan puasa.

Di samping itu, katanya, pendakian mereka juga begitu signifikan kerana ia dilakukan pada hari ulang tahun memperingati tragedi dan mangsa gempa bumi Sabah yang berlaku dua tahun lepas.

“Saya difahamkan bahawa ada sebahagian keluarga mangsa turut mendaki Gunung Kinabalu pada hari ini dan esok… mungkin ada ruang untuk saya berjumpa keluarga mangsa di Laban Rata nanti untuk bersama-sama memperingati mangsa gempa bumi yang terkorban,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, sambutan larian obor setakat ini adalah sangat baik apabila menyaksikan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.

Sabah adalah destinasi kelima bagi larian obor itu dan dijadual menjelajahi beberapa daerah utama iaitu Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang serta melibatkan jarak keseluruhan sejauh lebih 30 kilometer yang akan berakhir pada 8 Jun nanti.

Edisi ke-29 Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos depan, manakala edisi kesembilan Sukan Para ASEAN dijadual diadakan dari 17 hingga 23 September. – BERNAMA

Tags: Larian Obor KL 2017Sukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd