• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai Rampasan Kes Seludup Di Perairan Lebih RM67 juta

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah nilai rampasan yang direkodkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membabitkan kes penyeludupan sejak 2007 hingga Februari tahun ini mencecah lebih RM67 juta.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata rampasan berkenaan melibatkan barangan seludup antaranya seperti rokok, minuman keras, diesel dan petrol.

“Rokok mencatatkan nilai rampasan paling tinggi iaitu pada tahun lepas sahaja mencecah sehingga RM6.3 juta,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata kegiatan penyeludupan ini dipandang serius dan pihaknya sentiasa mempertingkatkan kawalan dalam mengekang aktiviti yang merugikan negara ini.

“Kami sentiasa pantau di kawasan-kawasan panas berlakunya aktiviti penyeludupan misalnya di Selangor hingga Johor kerap berlaku penyeludupan rokok,” katanya

Sementara itu, Zulkifli berkata pihaknya juga akan menumpukan perhatian terhadap kes penyeludupan dadah yang berlaku di kawasan perairan negara.

Katanya, APMM akan memberi fokus di kawasan panas berlakunya penyeludupan barang terlarang berkenaan yang kerap berlaku di bahagian utara tanah air yang berhampiran dengan negara jiran.

Pada 4 Jun lepas, APMM merampas 629 kilogram dadah disyaki ganja bernilai RM1.8 juta dalam cubaan menyeludup bahan terlarang itu ke Pulau Langkawi, Kedah.

Dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi itu, sekumpulan lelaki bertindak membuang beberapa bungkusan plastik besar yang mengandungi dadah berkenaan ke dalam laut sebelum disedari nelayan tempatan dan bertindak menghubungi APMM. – BERNAMA

Tags: seludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd