• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N.Sembilan Mahu Semua Tanah Terbiar Diusahakan

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru pemilik tanah di negeri itu mengusahakan tanah terbiar mereka agar dapat menambah pendapatan masing-masing.

Katanya agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) sedia membantu pemilik tanah yang berhasrat berbuat demikian.

Pada masa ini terdapat sekitar 12,000 hektar tanah terbiar di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen RISDA Rancangan Tanam Baharu Berkelompok (RTBB) peringkat Negeri Sembilan 2017, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA Nasarudin Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Hasim Rusdi dan Pengarah RISDA negeri Abu Hassan Mohd Ali.

Mohamad berkata kebanyakan tanah terbiar terbabit adalah tanah adat dan pusaka yang terbahagi kepada dua jenis iaitu tanah ladang atau kebun dan tanah bekas sawah.

“Saya cadangkan tanah terbiar bekas sawah yang hendak diusahakan ini, tidak ditanam dengan kelapa sawit kerana ia menyebabkan kawasan itu kering kontang. Ini menyebabkan sumber air kita semakin lama, semakin berkurangan. Sebagai alternatif, tanah sawah terbiar ini boleh ditanam dengan nanas atau tebu,” saran beliau.

Sementara itu, Nasarudin berkata sehingga kini RISDA telah membangunkan seluas 1,176 hektar ladang sawit di bawah RTBB di negeri ini.

Pada majlis itu seramai 1,010 peserta RTBB di negeri ini menerima dividen berjumlah RM2.3 juta bagi 2017 dengan peserta menerima RM800 bagi setiap 0.4 hektar.

Pada majlis sama, RISDA turut menyampaikan sumbangan kepada 40 anak yatim dari sekitar negeri ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd