• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasi Kandar Line Clear Ke-9 Paling Sedap Di Dunia

oleh
14/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Meskipun pernah terpalit dengan isu perebutan waris selain kes penutupan premis akibat masalah kebersihan, namun Restoran Nasi Kandar Line Clear tetap unggul.

Terbaharu kedai makanan mamak popular beroperasi 24 jam di ibu negeri Pulau Pinang itu mengharumkan nama Malaysia apabila disenaraikan menduduki tempat kesembilan daripada 50 makanan paling sedap di dunia.

Pemilihan nasi kandar di restoran itu oleh panel The World Streets Food Congress 2017 yang berlangsung di Manila, Filipina dari 31 Mei hingga 4 Jun lalu malah cukup mengejutkan pengusahanya sendiri, Abdul Kader Zainul Abidin.

“Pengiktirafan ini menjadi kebanggaan buat seluruh keluarga,” kata beliau ketika ditemui media di Jalan Penang, di sini. Bahkan Abdul Kader berkata, jika sebelum ini pelbagai dugaan dan tamparan melanda restoran tersebut.

Ini termasuk premis berkenaan pernah ditutup selama beberapa hari kerana faktor kebersihan, namun insiden ‘hitam’ tersebut sedikitpun tidak melemahkan semangat restoran itu untuk memperbaiki segala kelemahan.

Ujar Abdul Kader, segala-galanya terbukti apabila Restoran Nasi Kandar Line Clear yang beroperasi di lorong kecil berdekatan dengan Lebuh Chulia dan sejak dibuka pada 1930 itu, akhirnya berjaya membuka mata dunia.

“Kini usia Line Clear sudah mencecah 87 tahun dan ia terus kekal sehingga ke hari ini dengan keenakan kari kepala ikan, ayam goreng masala dan udang sambal yang masih lagi terus mengekalkan resipi turun-menurun keluarga.

“Pengiktirafan ini cukup membanggakan kami sekeluarga dan sudah menjadi tanggungjawab kami pula untuk terus menjaga kualiti makanan termasuk aspek kebersihan serta keselesaan para pelanggan sejak dahulu lagi.

“Inilah keutamaan Restoran Nasi Kandar Line Clear dan perhargaan ini ingin diberikan kepada Tourism Malaysia, kerajaan negeri, pihak media cetak dan elektronik, blogger dan sebagainya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Abdul Kader berkata, dia bersyukur kepada Allah kerana pelanggan masih mempercayai ‘jenama’ Line Clear dan terus dikunjungi pelanggan tempatan, luar negara serta selebriti terkenal tanah air. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Line Clearnasi kandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: ‘Cebisan Kain Hampir Sama Pakaian Bella Pada Hari Kehilangan’ – Kakak

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

20/01/2024
0

SHAH ALAM - Seorang lelaki mencetuskan ‘sensasi’ di media sosial apabila dikatakan makan nasi kandar berharga RM218 di sebuah restoran...

‘Nasi Ganja’ Ipoh Naik Helikopter Ke KL

23/07/2021
0

IPOH - Orang ramai 'terkejut' dengan kemunculan helikopter mendarat di Padang Ipoh, pagi tadi, dipercayai untuk mengambil tempahan nasi kandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd