• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ingatkan Umat Islam Perbanyak Ibadah, Tarawih

oleh Ahmad Albab
08/06/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam terus memperbanyakkan amal ibadah seperti menunaikan solat tarawih di masjid dan surau sepanjang Ramadan, yang sudah hampir dua minggu ini.

Perdana Menteri berkata umat Islam seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memohon keampunan Allah SWT di bulan yang mulia ini.

“Saya harap kita kekal bersemangat untuk memeriahkan malam-malam Ramadan di masjid-masjid dan surau-surau, menunaikan tarawih bersama jemaah lain.

“Bagi yang mempunyai kekangan, tunaikanlah tarawih apabila berkesempatan walau seorang diri. Insya-Allah, dengan keikhlasan dan keimanan dalam beribadat, kita akan mendapat keredhaanNya,” katanya dalam catatan terbaharu di blog NajibRazak.com bertajuk ‘Manfaat Tarawih di Bulan Ramadan’, hari ini.

Najib berkata istimewanya bulan Ramadan, bukan sahaja dapat menambah baik hubungan dengan Allah SWT, bahkan berpeluang untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama keluarga dan ukhuwah sesama Islam, bersama-sama menunaikan ibadah dan bersolat tarawih.

Najib turut memetik hadis Rasulullah S.A.W, diriwayatkan oleh Muslim, yang mengingatkan umat Islam manfaat menunaikan solat tarawih.

“Sesiapa yang mendirikan solat (tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu,” katanya memetik hadis itu.

Perdana Menteri melahirkan syukur kerana masjid-masjid dan surau-surau menjadi tumpuan masyarakat beragama Islam daripada golongan muda hingga ke tua untuk menunaikan ibadah tarawih.

“Contohnya, semalam di Masjid Pengkalan Aur, Perak, saya gembira melihat ramai jemaah yang hadir, semuanya mahu mencari keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakramadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

23 Jun Cuti Berganti Bagi Sekolah Sempena Aidilfitri

Next Post

Rain Tolak Tawaran Berlakon Filem X-Men

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Rain Tolak Tawaran Berlakon Filem X-Men

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd