• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misbun Kembali Kepada BAM Untuk Impian Chong Wei

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas hampir tujuh tahun menyepi, lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek kini kembali semula ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selaku ketua jurulatih perseorangan negara bagi merealisasikan impian bekas anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei bergelar juara dunia.

Misbun mengakui sukar baginya untuk menolak permintaan Chong Wei yang bersungguh-sungguh menagih khidmat beliau bagi mencapai impiannya menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan.

Menurut Misbun, pujukan tanpa jemu Chong Wei akhirnya membuka hati beliau untuk kembali ke pangkuan BAM selain mengadakan perbincangan bersama Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan telah memberikan persetujuan secara lisan.

“Saya perlu akui bahawa Chong Wei adalah sebab utama kepulangan semula saya menyertai BAM, banyak kali dia datang bertemu dan saya lihat dia benar-benar berharap kepada saya kali ini.

“Jadi saya akur dengan permintaannya kerana saya sudah anggap dia seperti anak saya sendiri. Saya nampak kesungguhan dan atas sebab itu saya terima,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Ukay Perdana, hari ini.

Walaupun sebelum ini terdapat sedikit salah faham antara beliau dengan pengurusan BAM, yang mengakibatkan beliau memberi laluan kepada individu lain untuk melatih Chong Wei, Misbun tetap mengikuti rapat perkembangan Chong Wei meskipun telah tujuh tahun meninggalkan persatuan induk badminton
itu.

“Chong Wei masih lagi mempraktikkan ilmu yang saya terapkan padanya walaupun saya telah tinggalkan BAM sejak 2011 dan prestasinya sekarang ini ada turun dan naik.

“Mungkin Chong Wei mahu saya kembali kerana inginkan ilmu penghabisan daripada saya dan mahu menamatkan kariernya bersama saya,” katanya.

Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England. – BERNAMA

Tags: datuk lee chong weiDatuk Misbun Sidek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat USM

02/12/2021
0

ARAU: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena...

Chong Wei Percaya Kemampuan Harimau Malaya Muncul Juara

09/12/2018
0

PUTRAJAYA - Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejayaan muncul juara Piala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd