• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Penumpang Berdoa Tak Langgar Etika – KP DCA

oleh
02/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tindakan juruterbang Air Asia X D7237 meminta penum­pang berdoa ketika buat keputusan berpatah balik ke Perth akibat masalah teknikal bukan sahaja tidak melanggar etika.

Malahan ia disifatkan sebagai profesional kerana berkeyakinan walaupun mengalami situa­si panik, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau menambah, mengikut prosedur operasi standard (SOP) apabila berlaku kecemasan, juruterbang terbabit perlu memberi penerangan secara jelas kepada penumpang apa yang berlaku ketika itu dan perancangan seterusnya.

“Dalam situasi itu, juruterbang tidak bersalah atau langgar etika penerbangan apabila meminta penumpang baca doa bahkan dalam setiap agama masing-masing digesa untuk memohon doa sekiranya berlaku sesuatu insiden.

“Berdoa adalah untuk meminta perlindungan daripada Allah. Penumpang boleh doa mengikut kepercayaan masing-masing, ia langsung tidak salah jika juruterbang itu meminta berdoa untuk kebaikan dan keselamatan penerbangan.

“Malah ada syarikat, bacaan doa langsung menjadi amalan rutin sebelum pesawat berlepas,” jelas Azharuddin yang pernah dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Beliau berkata demikian sebagai memberi penjelasan mengenai tindakan juruterbang Air Asia X D7237 berkenaan pada Ahad lalu, Kapten Ibrahim Jalaluddin dalam soal berdoa yang dipertikaikan oleh segelintir individu.

Pesawat itu yang berlepas dari Perth ke Kuala Lumpur kira-kira 7 pagi waktu tempatan terpaksa berpatah balik ketika berada dekat perairan Carnar­von, Australia berikutan masalah teknikal dan Ibrahim dilaporkan meminta penumpang berdoa.

Bagaimanapun, tindakan itu dipertikaikan oleh ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim menerusi catatan Twitternya yang seolah-olah tidak merestui perbuatan berkenaan.

Mengulas lanjut, Azharuddin berkata, tindakan juruterbang berkenaan adalah tepat dan sangat profesional dengan memberi penerangan kepada penumpang kenapa beliau perlu berpatah balik ke Perth.

“Beliau tidak boleh cakap banyak kerana perlu fokus kendalikan pesawat supaya selamat tetapi juruterbang itu sangat profesional apabila bertindak menjelaskan keadaan sebenar kepada penumpang dan keputusan yang dilakukan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Azharuddin menyifatkan juruterbang berkenaan sebagai seorang yang berkeyakinan dalam menguruskan situasi cemas tersebut tanpa memberikan satu pandangan yang menakutkan kepada penumpang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsiaJabatan Penerbangan Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd