• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Minta Makanan Sebelum Tetak Nenek

oleh Ahmad Albab
20/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI Orang Asli bertindak menetak mati nenek selain mencederakan isterinya dan bapa mentua dalam kejadian di Kampung Pagar, Kuala Lipis, Lipis, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, suspek berusia 32 tahun dikatakan mengalami gangguan mental sebelum menetak mati neneknya berusia 76 tahun yang cuba membawanya berjumpa tok batin bagi menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, siasatan mendapati suspek terlebih dulu mencederakan muka isterinya berusia 21 tahun menggunakan bara api di rumah kakaknya sebelum ke kediaman nenek untuk meminta makanan.

“Apabila mangsa memberitahu tiada makanan dan ingin membawa suspek ke rumah tok batin untuk menerima rawatan, lelaki itu terus mengambil parang di dalam rumah warga emas berkenaan dan menetak leher mangsa.

“Akibat tetakan itu mangsa rebah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian pulang dan berlaku pergelutan di antara dia dengan bapa mentua menyebabkan lelaki berusia 56 tahun itu cedera ditetak di belakang badan dan leher.

Azry Akmar berkata, suspek berjaya ditangkap hasil bantuan seorang lelaki yang menyaksikan pergelutan itu.

“Suspek diikat sementara menunggu kehadiran polis. Dia ditahan 3.50 petang semalam dan kini siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – myMetro Online

Tags: kes tetakOrang Asli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beli Motor ‘Hasil’ Wang Untuk Rokok

Next Post

Ibu Bunuh Bayi Kerana Takut Dijangkiti HIV

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

Next Post

Ibu Bunuh Bayi Kerana Takut Dijangkiti HIV

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd