• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Militan Malaysia Terbunuh Di Iraq

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia yang terlibat dengan militan Negara Islam (IS), dikenali sebagai Mohd Nizam Ariffin (gambar), dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Iraq.

Mohd Nizam, 38, juga dikenali sebagai Abu Afghan, terbunuh di bandar Mosul pada Jumaat.

Sumber perisikan menunjukkan kematian Mohd Nizam, tetapi tiada butiran lain telah disediakan.

Difahamkan, Mohd Nizam muncul dalam video propaganda IS Januari tahun lepas bersama dengan rakan militannya, Abdul Halid Dari.

Mereka menggelarkan diri sebagai ahli Katibah Nusantara (sayap IS), dan memanggil saudara militan Katibah dari Somalia, al-Shabaab untuk menyertai kumpulan dan berada di barisan hadapan di Syria.

“Mereka bercakap dalam Bahasa Malaysia dan menggesa ahli-ahli al-Shabaab untuk menyertai IS,” kata sumber.

Tambah sumber, Mohd Nizam yang berasal dari Ipoh telah mengembara ke Syria pada 6 Mac 2014, dan menyertai kumpulan militan Ajnad al-Sham.

“Bagaimanapun, selepas kematian bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin pada September 2014, Mohd Nizam menyertai IS.

“Dia telah menyertai IS dan bekerjasama dengan kumpulan militan lain dari Malaysia dan Indonesia dalam Katibah Nusantara,” kata sumber itu.

Kematian Mohd Nizam menjadikan jumlah militan Malaysia terbunuh di Iraq dan Syria seramai 31 orang, manakala 56 lagi dipercayai masih bebas. – mStar Online

Tags: IraqMilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd