• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mat Dan’ Tak Sabar Nak Rasa Rendang Air Tangan Isteri

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini mungkin berbeza dari tahun-tahun sebelumnya bagi figura bernama ‘Mat Dan’, iaitu personaliti televisyen berbangsa Inggeris yang fasih dengan loghat Terengganu.

Ini kerana Mat Dan atau nama Islamnya Kareef Danial, 26, buat pertama kalinya tahun ini menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai seorang suami selepas melangsungkan perkahwinan bersama gadis yang berasal dari Chendering, Terengganu, Nadifa Adnan, 28, Mac lalu.

Malah sepanjang bulan Ramadan ini Mat Dan mengurangkan aktiviti seninya untuk bersama-sama isteri membuka gerai di bazar Car Food Sahur di Pantai Batu Buruk yang menyediakan menu seperti bihun goreng, kuih ropa dan brownies.

Mat Dan yang ditemui Bernama di gerai itu berkata keputusan untuk berniaga secara kecil-kecilan pada bulan Ramadan ini bukan berniat untuk mencari keuntungan semata-mata tetapi tertarik dengan konsep yang diketengahkan penganjur iaitu berniaga sambil membuat amal.

“Ia juga satu strategi kami, suami isteri untuk mencari dan mencuba pasaran ‘brownies’ air tangan isteri saya dan insya-Allah jika sambutan menggalakkan kami akan mencuba untuk jualan selepas Aidilfitri nanti,” katanya.

Mengulas perasaannya menyambut Syawal sebagai seorang suami pada tahun ini Mat Dan berkata beliau bersyukur kerana tahun ini beliau tidak lagi beraya berseorangan selepas memeluk Islam tujuh tahun lepas.

“Bukanlah bermakna sebelum ini saya menyambut Syawal seorang, tapi tahun ini lebih bermakna sebab ada isteri dan sebagai peneman di pagi Syawal. Insya-Allah pada tahun ini saya akan menyambut Hari Raya bersama keluarga mertua di Kuala Terengganu.

“Persiapan Hari Raya pun sederhana sahaja. Baju raya adalah dalam empat pasang. Mungkin selepas Hari Raya baru saya dan isteri pulang ke Kuala Lumpur bagi meneruskan kerjaya masing-masing,” katanya yang tidak sabar merasai rendang daging masakan isterinya.

Apabila ditanya apa istimewa rendang buatan isteri berbanding yang lain, Mat Dan dalam nada berseloroh berkata: “Rendang masakan isteri saya mestilah istimewa sebab dia masak penuh dengan kasih sayang,” katanya sambil tersenyum.

Mengulas perjalanan aktiviti seninya, Mat Dan yang sebelum ini merupakan hos rancangan kembara ‘Mat Dan Kaki Jalan dan Haramain Backpackers’ berkata beliau akan kembali aktif dalam kerjaya seni selepas sambutan Aidilfitri.

“Untuk rancangan jangka masa panjang, saya dan seorang rakan Ahmad Safuan Rashid akan bekerjasama untuk melancarkan satu aplikasi dalam talian yang dinamakan “Koya TV” khusus untuk pengguna yang gemarkan rancangan televisyen berbentuk pengembaraan atau ‘travelog’.

“Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar aplikasi tersebut akan dilancarkan selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya yang bercita-cita untuk membina empayar perniagaan satu hari nanti selain meneruskan kerjayanya sekarang. – BERNAMA

Tags: mat dan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rasa Gugup Dipanggil TPM Naik Ke Pentas – Mat Dan

27/02/2018
0

KUALA NERUS - "Jantung saya berdebar-debar sangat sampai nak gugur rasanya apabila Timbalan Perdana Menteri panggil nama saya atas pentas...

Mat Dan, Dari Program Travelog Ke Dunia Lakonan

11/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Pengacara televisyen Mat Dan atau nama Islamnya Kareef Daniel Abdullah kini berjinak-jinak dunia lakonan bermula dengan satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd