• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Bayar Balik Penumpang Batal Penerbangan

oleh Ahmad Albab
05/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang membatalkan penerbangan ke London pada 3, 4, dan 5 Jun ini boleh mendapatkan bayaran balik tiket penerbangan mereka.

Bahagian Komunikasi Korporat MAS dalam satu kenyataan berkata, MAS mengambil inisiatif itu berikutan kejadian serangan pengganas di London yang berlaku awal pagi tadi.

“MAS berasa kesal dengan berita sedih insiden di London. Kami bersimpati dengan ahli keluaga dan sahabat handai mangsa.

“Mana-mana penumpang yang berhasrat membatalkan penerbangan ke London pada 3, 4 atau 5 Jun boleh mendapatkan bayaran balik.

“Penumpang yang mahu membuat penjadualan semula ke London pada tarikh terbabit boleh berbuat demikian tanpa sebarang bayaran tambahan atau penalti,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MAS, orang ramaiyang mempunyai sebarang pertanyaan diminta menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-3000 atau +603 7863 3000.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya tujuh orang dikhuatiri maut dalam dua serangan iaitu di Jambatan London dan Pasar Borough.

Di Pasar Borough, tiga penyerang yang bertindak menikam beberapa orang di kawasan pasar itu bagaimanapun berjaya ditembak mati oleh pihak polis.

Menurut Ketua Antikeganasan Britain, Mark Rowley kesemua suspek yang ditembak itu memakai jaket bunuh diri palsu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian MAS – MAB

23/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media sosial adalah berkaitan Malaysian Airline System Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd