• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Zahir Bimbang DoJ Gagal Kerjasama Kes 1MDB

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa bimbang susulan kegagalan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan kerjasama kerajaan atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung saman sivil terbaru dikemukakan oleh DoJ terhadap pelbagai aset, demikian dinyatakan di sini, hari ini.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, dalam menyatakan perkara itu, juga berkata kerajaan juga bimbang dengan tindakan tidak perlu dan tidak sepatutnya dalam menamakan perkara tertentu dan individu yang hanya relevan kepada manipulasi politik domestik dan campur tangan.

“Ini menunjukkan wujud motivasi yang melangkaui objektif untuk merampas aset-aset,” katanya dalam kenyataan.

Tengku Sariffuddin berkata kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana penyiasatan yang sah terhadap mana-mana syarikat atau warganegara Malaysia mengikut protokol antarabangsa.

“Pihak berkuasa Malaysia telah melakukan banyak siasatan dan secara menyeluruh membabitkan 1MDB, termasuk oleh badan bebas dan dwipartisan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, dan didapati tiada perbuatan jenayah.

“1MDB masih lagi disiasat oleh Polis Diraja Malaysia. Jika terdapat bukti berlakunya sebarang salah laku, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Sehingga itu, beliau berkata sebarang dakwaan yang tidak dibuktikan tidak patut diambil kira sebagai fakta.

“Dan kami mengambil perhatian kenyataan akhbar dikeluarkan DoJ, yang menyatakan; Satu aduan sivil bagi perampasan hanyalah sekadar satu dakwaan bahawa wang atau hartanah ada terlibat atau mewakili hasil daripada jenayah. Dakwaan itu masih belum dibuktikan sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada AS.”

Tengku Sariffuddin berkata proses kehakiman tidak terikat dengan pihak yang mahu menjadi tajuk utama dan Malaysia berpegang teguh pada pendirian menyokong ketelusan dan urus tadbir baik.

Ini termasuk memastikan tuduhan perlu berasaskan fakta, dan bukannya keburukan yang dicanangkan oleh lawan politik, katanya.

“Kami yakin keadilan akan terserlah dan Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua agensi antarabangsa yang bersedia berbuat demikian.

“Seperti yang sentiasa ditegaskan oleh Perdana Menteri, jika sebarang salah laku dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBDOJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd