• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Yakin Meterai PPA Dengan Laos & Thailand

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ASTANA – Malaysia yakin menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Laos dan Thailand bagi Grid Tenaga ASEAN pada September tahun ini, sejajar dengan langkah untuk mengukuhkan bekalan tenaga.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata projek perintis itu, yang dijangka bermula pada Januari 2018, akan membuka banyak peluang kepada Malaysia untuk mendapatkan tenaga boleh baharu (RE) dari negara jiran.

“Kita yakin PPA, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Grid Tenaga ASEAN, akan dimeterai pada September tahun ini.

“Beberapa loji janakuasa berasaskan arang batu yang lama boleh menghentikan operasi dalam tempoh 30 tahun akan datang, menyediakan peluang kepada RE yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Tenaga Malaysia di sini hari ini.

Grid Tenaga ASEAN adalah rangkaian tenaga yang menghubungkan grid nasional semua negara ASEAN untuk memastikan keselamatan tenaga, meningkatkan penggunaan sumber yang dikongsi dalam kalangan negara anggota dan menjadikan elektrik lebih murah untuk rakyat.

Terdahulu, Ongkili, ahli panel forum itu, berkata ASEAN sebagai sebuah rantau perlu terus mengukuhkan kerjasama serantau, terutamanya dalam berkongsi amalan terbaik melalui penggunaan dan pembangunan tenaga, untuk meningkatkan keberkesanannya dalam menghadapi cabaran global.

“Pada 2013, tenaga elektrik yang dihasilkan oleh ASEAN daripada sumber RE menyumbang kira-kira 21 peratus daripada jumlah penjanaan rantau itu,” katanya.

Forum Tenaga Malaysia adalah antara program yang dianjurkan oleh Malaysia di Astana Expo 2017 untuk mempamerkan kepimpinan pasaran sedang pesat membangun negara dalam pertumbuhan hijau. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Maximus OngkiliPPA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

IKHLAS Serah Memo Kepada PM, Mohon Tangguh

Next Post

Pelantikan Datuk Bandar Perlu Berasas Kelayakan

Related Posts

Boleh Guna Akta 655 Tamat Kemelut Air Selangor

14/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan mempertimbangkan untuk menggunakan peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air atau Akta 655 untuk mengambil...

BN Kota Marudu Siap Sedia Latihan Jentera Pilihan Raya

12/02/2018
0

KOTA MARUDU - Barisan Nasional (BN) Kota Marudu telah menubuhkan jentera pilihan rayanya di kesemua 57 daerah mengundi dan berada...

Next Post

Pelantikan Datuk Bandar Perlu Berasas Kelayakan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd