• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia #Quranhour Cetus Gelombang Cintai Al-Quran

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Program Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung pada 24 Ramadan atau 19 Jun di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bakal mencetus gelombang mencintai al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Imam Besar MTMZA, Ehsan Mohd Hosni berkata program selama sejam bermula 12 tengah hari itu juga diyakini mampu memberi impak positif kepada budaya pembacaan al-Quran, terutamanya dalam aspek menguruskan masa untuk diluangkan bagi membaca kitab suci itu.

“Harapan kita, program ini akan membawa impak di mana dalam sehari orang Islam akan mencari ruang daripada kesibukan tugasan seharian untuk berinteraksi dengan al-Quran, menghayati dan mengamalkannya.

“Ia juga diharap mampu mendisiplinkan masyarakat untuk membaca al-Quran secara istiqamah, sekali gus menimbulkan rasa kecintaan terhadap kitab Allah itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bertemakan “Bangsa Berbudi dan Penyayang”, program yang memasuki tahun kedua pelaksanaan itu dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama MTMZA dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ehsan berkata usaha mempromosi program yang menyasarkan penyertaan seramai 2,000 peserta itu telah mula dilaksanakan dan yakin akan mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti Islam Putrajaya berdasarkan sambutan baik yang diterima semasa penganjuran serupa tahun lepas.

Beliau turut menyarankan penganjur untuk berhubung dengan Kementerian Pendidikan bagi mendapatkan kebenaran untuk membawa pelajar-pelajar sekolah menyertai program itu bagi mencetus gelombang cintakan al-Quran dalam kalangan masyarakat sedari awal.

Mengenai tema program, Ehsan berkata ia amat bertepatan kerana mencintai negara merupakan satu daripada cabang iman.

Beliau berkata melalui pembacaan berterusan, mereka yang melazimi al-Quran dapat mengambil intipati atau kisah dan pengajaran yang terkandung di dalamnya untuk diterjemahkan dalam memberikan bakti dan sumbangan kepada negara. – BERNAMA

Tags: Ehsan Mohd Hosni
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd