• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Komited Henti Penyeludupan Manusia

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi komitmen Malaysia untuk menghentikan jenayah pemerdagangan manusia.

Menulis dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau, Perdana Menteri berkata usaha kolektif Malaysia dalam memerangi jenayah perdagangan manusia dalam negara dan serantau mula membuahkan hasil apabila negara memperbaiki kedudukannya dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2017.

Dalam Laporan Tahunan bagi 2017 itu yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, Malaysia telah dinaik taraf ke Tahap 2 daripada kekal di Tahap 2 Senarai Pemerhatian bagi tahun 2016.

“Syabas kepada mereka yang bekerja dengan gigih untuk mencapai ini. Kami tetap komited untuk menghentikan pemerdagangan manusia, melindungi mangsa dan mendakwa pelaku jenayah ini,” kata Najib.

Tahap 2 diberikan kepada kerajaan negara yang tidak memenuhi sepenuhnya standard minimum Akta Perlindingan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 tetapi membuat usaha penting untuk membawa diri kepada pematuhan standard tersebut.

Menurut laporan itu, kerajaan Malaysia telah menunjukkan peningkatan usaha berbanding tempoh pelaporan sebelum ini yang membolehkan ia dinaik taraf kepada Tahap 2.

“Kerajaan ini (Malaysia) menunjukkan peningkatan usaha-usaha dengan memperluaskan siasatan kes pemerdagangan, pendakwaan dan sabitan,” menurut laporan itu.

Laporan itu juga memuji usaha Malaysia untuk menubuhkan Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran bagi menggembleng usaha operasi antipemerdagangan bersepadu.

Malaysia menyasarkan untuk mencapai status Tahap 1 dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2020. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Beranak Sempat Selamat Diri, Kereta Terbakar

Next Post

Prada Pula Jual ‘Paper Clip’ Harga RM795!

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Prada Pula Jual 'Paper Clip' Harga RM795!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd