• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat

oleh Ahmad Albab
12/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kampung Lukut, dekat sini, masih menerima sokongan kuat dari ibu bapa dan masyarakat meskipun selepas terpalit dengan kontroversi ekoran kematian seorang pelajarnya baru-baru ini.

Pelajar Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi meninggal dunia selepas didakwa dipukul pembantu warden madrasah itu.

Pengetuanya Mohammad Afdhaluddin Ismail berkata jika melihat isu yang berlaku, ia merupakan sesuatu yang begitu menyedihkan pernah terjadi ke atas madrasah itu.

Bagaimanapun katanya, pihak madrasah menerima perkara itu sebagai pengajaran dan akan sentiasa memperbaiki kekurangan dari semasa ke semasa.

“Apa yang boleh kami baiki akan kami baiki. Selepas isu itu, sokongan ibu bapa terhadap madrasah ini tetap kuat. Tidak ada ibu bapa yang mengeluarkan anak mereka atas alasan kes yang berlaku.

“Selepas kejadian itu, pihak kami juga menerima lebih 10 permohonan kemasukan pelajar baharu ke madrasah ini, selepas Syawal ini.

“Alhamdulillah, sokongan dan kepercayaan masyarakat terhadap madrasah ini masih ada,” katanya kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan Parlimen Tenggara, yang disempurnakan Ahli Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique, di sini hari ini.

Tambahnya, pengambilan pelajar baharu kebiasaannya dilakukan pada hujung tahun, namun pihak madrasah menerima permohonan kemasukan pelajar baharu tersebut bertujuan untuk meraikan mereka meskipun kapasiti pelajar sudah mencukupi.

Dalam pada itu, Halimah, yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada pengetua dan tenaga pengajar kerana dapat memimpin madrasah berkenaan dengan baik.

“Paling penting kita mahu ucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana walau apa pun berlaku, masih berikan keyakinan penuh dengan misi yang sedang dilaksanakan madrasah ini,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada madrasah berkenaan. – BERNAMA

Tags: madrasah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Enam Kluster Jangkitan Covid-19 Babitkan Madrasah

15/05/2020
0

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak enam kluster jangkitan Covid-19 membabitkan madrasah tahfiz. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd