DIMANA ada kemahuan disitu ada jalan.
Awalnya beg kulit dibuat hanya untuk kegunaan sendiri semasa praktikum di Ipoh, kini menjadi lebih serius apabila ada mata yang terpanah kepada keunikan hasil tangan dua anak muda berasal Kelantan ini.
Naim Mukhlis dan Muhamad Fariz merupakan pemilik Local Handmade yang ditubuhkan pada 2011.

Mereka menggunakan kulit yang bermutu tinggi dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, India, Pakistan dan Itali. Produk yang dihasilkan terdiri daripada barangan aksesori seperti bag tangan, pouch, dompet dan pelbagai lagi.

Harga hasil tangan mereka bermula daripada RM10 sehingga RM700 mengikut jenis dan saiz produk yang dihasilkan.

Hasil usaha dua anak muda kelahiran Kelantan ini sepatutnya menjadi tauladan buat muda mudi yang sedang bergelut dalam mencari peluang untuk hidup.
Mungkinkah produk Local Handmade ini boleh menerjah pasaran antarabangsa? Local Handmade boleh dihubungi melalui akaun media sosial mereka.
Instagram: @localhandmade
Facebook: Local
#laskarmalaya