• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Hoki Dunia: Argentina Tundukkan Malaysia 5-2

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tewas kepada pasukan gergasi hoki dunia, Argentina 2-5 pada perlawanan pertama Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, pagi ini.

The Malaysian Tigers yang dikendalikan jurulatih Stephen Van Huizen itu pada awalnya berada di kedudukan seri 2-2 sebelum pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 itu menambah tiga gol untuk mengesahkan kemenangan.

Pemain Argentina, Gonzalo Peillat membuka jaringan pada minit keempat melalui pukulan sudut penalti namun Malaysia melalui gol padang Muhammad Shahril Saabah berjaya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Tercabar dengan kedudukan seri 1-1, sekali lagi Peillat menggandakan kutipan mata melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-11.

Malaysia terus mempamerkan aksi cemerlang apabila sekali lagi menyamakan kedudukan selepas penyerang negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-18.

Kegembiraan Malaysia tidak lama apabila Peillat yang boleh dikatakan hero buat pasukan Argentina menambahkan dua lagi gol melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-40 dan 47 sebelum gol kelima pasukan nombor satu dunia itu dihadiahkan oleh Facundo Callioni dua minit kemudian.

Malaysia yang menduduki ranking ke-14 dunia berada dalam pasukan A akan bertemu England pada 11 malam ini waktu Malaysia diikuti perlawanan menentang Korea Selatan (20 Jun) dan China (21 Jun).

Hanya empat pasukan daripada peringkat kumpulan akan mara ke suku akhir Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia yang sekali gus memberikan tiket melayakkan diri ke Piala Dunia.

Piala Dunia 2018 yang dijadualkan berlangsung pada Disember tahun depan di India itu merupakan edisi ke-14 sejak ia diperkenalkan.

Sebanyak 16 pasukan akan bertanding pada Piala Dunia yang mana setiap satu tempat adalah daripada lima juara setiap benua dan negara tuan rumah menerima tempat automatik, selain 10/11 pasukan terakhir adalah daripada dua kejohanan Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London dan Johannesburg. – BERNAMA

Tags: Argentinahoki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

24/08/2023
0

MOSCOW : Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi anggota baharu kumpulan BRICS (Brazil, Russia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd