• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Sanggup ‘Beraya’ Di Balai Polis

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAI Polis boleh dikatakan tempat yang ‘digeruni’ orang ramai walaupun datang dengan hanya mahu membuat laporan sahaja.

Namun, tidak bagi lelaki ini kerana sanggup berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer bagi mendapatkan perlindungan di balai polis pada Aidilfitri.

Media melaporkan, lelaki yang dikenali sebagai Johan Iskandar Dean Salter, 36, itu gagal mendapatkan bilik di rumah perlindungan gelandangan berdekatan Hospital Kuala Lumpur kerana telah penuh.

Ketua Balai Polis Setapak, Asisten Superitenden Wee Bee Seng berkata, Johan menjelaskan dia berjalan kaki ke balai polis tersebut dan meminta kebenaran untuk bermalam serta berjanji akan keluar pada pagi esoknya untuk mencari pekerjaan.

“Lelaki itu juga memberitahu dia belum lagi makan, jadi kita berikan dia makan,” katanya.

Johan kemudiannya ditawarkan tempat menginap pada Ahad itu dan diberikan wang selain kemudahan penginapan di sebuah hotel bajet selama tiga malam.

“Diharapkan, ia dapat mengurangkan bebannya dan dia dapat mencari kerja,” katanya.

Bagaimanapun, ia bukanlah kali pertama Bee Seng begitu bermurah hati pada musim perayaan 1 Syawal.

Malah, beliau membuat penyusunan semula pasukannya bagi membolehkan anggota beragama Islam berpeluang bercuti selama dua hari pada Aidilfitri untuk menyambutnya bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pasukannya dibantu anggota Rela dan Polis Sukarelawan Simpanan (PVR).

“Walaupun ada yang tidak dapat memanjangkan tempoh cuti untuk pulang ke kampung, tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat menggunakan dua hari itu bagi menyambut Hari Raya bersama keluarga,” katanya.

“Sudah lama saya tidak mengambil laporan tetapi tidak susah pun,” katanya yang membantu di meja hadapan balai polis. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: balaiberayapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd