• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Orang Asli Tetak Nenek Direman 7 Hari

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Lelaki Orang Asli yang disyaki menetak neneknya hingga mati selain mencederakan isteri dan bapa mentuanya di Kampung Pagar, Pos Lejang, Lipis dalam satu kejadian pagi semalam, direman tujuh hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata siasatan awal mengesahkan suspek berusia 32 tahun yang bekerja sendiri itu tidak mengambil dadah ketika kejadian.

“Suspek dikatakan pernah berkelakuan pelik sebelum ini selain pengsan tiba-tiba akibat sawan, namun ini kali pertama dia bertindak agresif,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Azry Akmar berkata isteri dan bapa mentua suspek yang kini dirawat di Hospital Lipis dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 8 pagi semalam, suspek menetak neneknya yang berusia 76 tahun menggunakan parang dari arah belakang selepas mangsa mahu membawa lelaki itu berubat di rumah tok batin selepas melihat kelakuannya yang agresif.

Suspek turut menetak bapa mentuanya yang berusia 56 tahun di bahagian belakang dan leher selain mencucuh muka isterinya yang berusia 21 tahun dengan bara api yang digunakan untuk memasak. – BERNAMA

Tags: kes tetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

25/10/2025
0

TUMPAT: "Saya terdengar suara mengerang kesakitan dari luar rumah sebelum keluar dan sangat terkejut melihat anak dalam keadaan berlumuran darah,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd