Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Indonesia Gelar Malaysia ‘Tak...

JAKARTA - Kerajaan Indonesia menggelarkan pihak berkuasa Malaysia “tidak efektif” susulan penculikan lima...

Ditahan Kerana Potong Rumput...

GEMPAR... Seorang lelaki dari Franklin, Amerika Syarikat (AS) ditahan dan didakwa atas kesalahan...

7 Cedera Dalam Kemalangan...

SRI AMAN – Tujuh cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van, yang...

Zizan, Emma Maembong Nafi...

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan aktres...

Lelaki Ditembak Cuba Libas Parang Ke Arah Polis

LUMUT – Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan sebelum menahan seorang lelaki yang berada dalam keadaan khayal selepas bertindak melibas parang ke arah polis ketika cuba meloloskan diri dari diperiksa di Ayer Tawar, Manjung dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, sepasukan polis cuba memberhentikan suspek yang menaiki motosikal jenis Honda EX 5 selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, lelaki yang berumur 50 tahun itu enggan berhenti untuk pemeriksaan sebaliknya terus memecut laju dan cuba merempuh anggota polis yang bertugas.

“Tiga anggota polis kemudiannya terus mengejar suspek dengan menaiki motosikal dan sebaik menghampiri, suspek telah membaling satu beg plastik yang mengandungi peralatan pecah rumah yang mengenai lengan kiri salah seorang anggota berpangkat Koperal.

Polis terus mengejar suspek sehingga ke kawasan Kampung Banjar, Ayer Tawar sebelum suspek kemudiannya bertindak melibas sebilah parang ke arah anggota berkali-kali sehingga mengancam nyawa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Gan berkata untuk tujuan mempertahankan diri, seorang anggota polis bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah lutut kanan suspek yang kemudian terjatuh bersama motosikal ditunggangnya.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas suspek menemukan enam paket lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin dan syabu masing-masing seberat 6.5 gram dan 0.2 gram di dalam poket baju celoreng yang dipakai lelaki itu.


Katanya polis turut menemukan sebilah parang di motosikal suspek dan terdapat sebuah pam air jenama KATO masih terikat pada bahagian belakang motosikal tersebut yang mana nombor enjin kenderaan itu telah diganggu usik selain nombor chasis tiada dalam rekod.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau termasuk kes curi dan pecah rumah dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata suspek yang bekerja sebagai tukang paip dan beralamat di Taiping telah dibawa ke Balai Polis Ayer Tawar sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

Gan berkata pihak polis akan mendapatkan perintah ke atas suspek esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan 188 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan dan tidak bekerjasama dengan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan serta Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – BERNAMA

Kategori