• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cina Rancang Samun Kilang Emas Ditembak Mati

oleh
18/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis berjaya menembak mati seorang lelaki Cina yang dipercayai merancang samun sebuah kilang pembuatan emas dalam kejadian berbalas tembakan di di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, polis yang melakukan rondaan op khas samun telah mengekori kereta jenis Proton Iswara yang dipandu lelaki tersebut.

Menurut beliau, kenderaan suspek pada mulanya dikesan di sekitar Jalan Soon Ban Keng namun lelaki berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30-an tahun itu secara tiba-tiba memecut ketika cuba ditahan oleh pihak polis.

“Polis akhirnya menemukan kereta itu di Jalan Berjaya di sini namun ketika cuba untuk ditahan, kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan dari arah kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. Suspek dijumpai maut dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta.

Suspek ujar Zainol didapati pernah memiliki rekod jenayah dan dikehendaki bersangkut kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun wang tunai RM30,000 daripada peniaga emas di Kuantan, Pahang.

Tambah beliau lagi, pemeriksaan di dalam kereta yang dinaiki lelaki itu pada 1.25 pagi menemukan sepucuk pistol berwarna hitam jenis CZ 75 P-01-Cal. 9 Luger bersama peluru dan kelongsong. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bukit Mertajampolissamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd