Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

Isu Terowong Dasar Laut:...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan pengerusi syarikat...

Abdul Wahid Omar Bakal...

Universiti Multimedia Malaysia (MMU) akan menganugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat yang membawa gelaran Ph.D...

Manifesto BN: Luar Bandar...

KUALA LUMPUR – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang mencakupi pelbagai inisiatif dan merangkumi...

Bot Nelayan Indonesia Ceroboh...

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot...

Lebih 3,000 Hadiri Rumah Terbuka Annuar Rapaee

SIBU – Lebih 3,000 orang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Bioteknologi merangkap Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr. Annuar Rapaee di Jalan Kangkong di sini hari ini.

Para pengunjung tiba seawal 9 pagi dan majlis berlangsung sehingga 1 tengah hari.

“Saya terpaksa meminjam rumah jiran berbangsa Cina yang berdepan rumah saya bagi menampung bilangan pengunjung yang ramai. Nasib baik ada jiran yang baik sudi meminjam ruang rumah mereka,” katanya kepada pemberita.

Beliau sengaja mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga kerana masyarakat Islam lain masih sibuk dengan sambutan di rumah masing-masing pada raya pertama dan kedua.


Dr. Annuar berkata, memandangkan sambutan masyarakat amat menggalakan setiap tahun beliau akan mencari tempat lebih besar pada tahun depan supaya lebih ramai lagi yang dapat hadir. – BERNAMA

Kategori