• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laksana Inisiatif Tarik Umat Islam Dekati Masjid

oleh Ahmad Albab
06/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis Tuanku, Syed Sirajuddin Putra Jamalullail meminta jawatankuasa pengurusan masjid melaksanakan inisiatif untuk menarik lebih ramai anggota masyarakat khususnya anak khariah agar lebih mendampingi masjid.

“Jawatankuasa pengurusan masjid harus melihat perkara lebih besar dan penting kepada penganut agama Islam dan tidak fokus untuk membina, membesarkan atau menaik taraf masjid sahaja,” titah baginda.

Baginda bertitah pada ‘Majlis Iftar Jamaie Ahli Majlis dan Warga MAIPs Bersama Raja Perlis dan Raja Perempuan’ di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan Polis di sini, malam tadi.

Keberangkatan baginda dan Raja Perempuan, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid disambut Pegawai Eksekutif MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis), Mohd Nazim Mohd Noor.

Berangkat sama Raja Muda Perlis merangkap yang DiPertua MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menzahirkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli majlis MAIPs serta anggota jawatankuasanya atas usaha dan pandangan dalam memartabatkan agama Islam di Perlis.

Baginda turut menyaran para pendakwah dalam mengajar ilmu agama supaya memberi perhatian untuk mengajar perkara-perkara asas kepada golongan yang hendak berjinak-jinak mendekati masjid.

“Sebaiknya, gunakanlah pendekatan yang sesuai dan ringkas. Walaupun sesuatu ilmu disampai secara bersahaja tetapi tetap memberikan impak positif kepada seseorang individu,” tambah baginda.

Sempena majlis itu, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah MAIPs membentangkan laporan pencapaian masing-masing kepada Tuanku Syed Sirajuddin.

Di akhir majlis itu, Tuanku Raja Perempuan Perlis dipersembahkan sebuah kek dengan iringan doa oleh MAIPs sempena keputeraan baginda hari ini. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd