• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Umum 21 Barangan Harga Kawalan

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan 21 jenis barangan harga terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2017.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, skim ini akan berkuatkuasa bermula 7 Jun hingga 30 Jun 2017 iaitu selama 14 hari.

“Tempoh pelaksanaan bagi skim ini adalah selama 14 hari yang mana ia berkuatkuasa pada lapan hari sebelum perayaan, 1 hari pada hari perayan dan lima hari selepas perayaan.

“Skim ini akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Antara barangan yang disenaraikan untuk kawalan harga ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, teluar ayam gred B, telur ayam gred C, daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau import, cili merah dan tomato.

Turut disenaraikan ialah kubis bulat import, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil, bawang besar import, bawang putih, ubi kentang import, ikan kmbung termasuk ikan mabung, ikan selayang dan ikan aya/tongkol.

Hamzah berkata, peniaga juga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan terkawal.

Menurut beliau tanda merah jambu berkenaan adalah untuk membezakan barangan harga terkawal dengan barangan lain.

Dalam pada itu beliau turut menegaskan, peniaga yang ingkar dan gagal mematuhiu peraturan ini akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Bagi kesalahan menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kompaun RM50,000 dan syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.

“Manakala bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga merah jambu, individu terbabit boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 dan syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000,” katanya

Pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementrian melalaui talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) 03-8000 8000, menerusi aplikasi pintar Ez ADU atau emelkan aduan ke e-aduan atau hantarkan SMS ke 15888 dengan menaip KPDNKK ADUAN <butiran aduan> atau laporkan ke mana-mana pejabat KPDNKK terdekat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Harga TerkawalKPDNKKmusim perayaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tol Percuma Musim Perayaan Tak Selesai Kesesakan – Ahmad Zahid

Tol Percuma Musim Perayaan Tak Selesai Kesesakan – Ahmad Zahid

02/05/2023
0

Putrajaya : Pemberian tol percuma terutama pada musim perayaan tidak mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya. Ikuti Mynewshub: Telegram Timbalan Perdana...

Polis P. Pinang Jangka Pertambahan 50,000 Kenderaan Setiap Hari Musim Perayaan Ini

28/01/2022
0

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjangkakan penambahan lebih 50,000 kenderaan masuk ke negeri itu setiap hari sempena sambutan Tahun Baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd