• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Terengganu Puas Hati Harga Juadah Di Bazar

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu berpuas hati dengan kadar harga juadah di bazar-bazar ramadan di sekitar negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Nawi Mohamad berkata berdasarkan pemeriksaan di 3,507 gerai setakat ini, KPDNKK Terengganu tidak mengesan kenaikan harga yang melampau.

“Hanya ada sedikit kenaikan beberapa produk makanan antara 10 hingga 20 peratus, malah ada juga yang turun harga seperti ayam golek yang dijual antara RM20 dan RM24 seekor berbanding RM25 dan RM26 tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran kempen ‘Jangan Lebih Lebih’ di bazar Ramadan Batu Buruk di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah KPDNKK Terengganu Azlan Abd Samat berkata setakat ini pihaknya hanya mengambil tindakan terhadap satu kes melibatkan peniaga nasi beriani di bazar Ramadan Jalan Padang di Kemaman.

“Peniaga tersebut enggan meletakkan tanda harga walaupun telah diberi nasihat dan peringatan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam pemeriksaan sebelum itu,” katanya.

Beliau berkata pihaknya bertindak susulan aduan menerusi Facebook oleh seorang pembeli yang mendakwa peniaga itu mengenakan harga yang tinggi iaitu RM13 untuk nasi beriani daging.

“Pegawai penguat kuasa KPDNKK telah membuat ujian pembelian dan akibatnya peniaga itu dikenakan kompaun sebanyak RM200 manakala nasi beriani daging bernilai RM225 telah disita,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK TerengganuNawi Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDNKK Terengganu Terima 4 Aduan Berhubung GST

04/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu menerima empat aduan kesalahan peniaga yang masih mengenakan...

KPDNKK Membuat Ujian Makanan Termasuk Bufet

31/05/2017
0

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu akan turun padang untuk melakukan pembelian ujian pelbagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd