• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KotaSAS Bakal Jadi Pusat Ekonomi Baharu Pahang

oleh Ahmad Albab
21/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) bakal menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu di negeri ini dengan pelbagai projek pembangunan sedang dan akan dilaksanakan dalam tempoh 25 tahun.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah pembangunan sepenuhnya dijangka dapat disiapkan pada tahun 2035 dengan sasaran populasi seramai 30,000 orang akan mendiami di KotaSAS dan 9,000 orang yang bekerja.

“KotaSAS merupakan satu bandar terancang dan bersepadu yang terdiri daripada pusat pentadbiran, pusat komersial dan kediaman yang telah dibangunkan sejak 2010.

“Pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri juga telah pun memulakan proses pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2020.

“Ia melibatkan blok bangunan pentadbiran negeri, blok bangunan kerajaan persekutuan, bangunan Dewan Undangan Negeri dan pejabat Menteri Besar Pahang,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih anjuran Tanah Makmur Berhad di Masjid Ash Shafie, Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS), dekat sini.

Turut berangkat mencemar duli ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengarah Urusan Kumpulan Tengku Datuk Seri Ahmad Faisal Tengku Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Shahrul Nizam Ab Aziz.

Pada majlis itu, seramai 100 anak yatim dan asnaf dari Bukit Goh, Kampung Padang dan kawasan sekitar menerima sumbangan daripada Tengku Abdullah dan Tunku Azizah.

Selain itu, Tengku Abdullah bertitah KotaSAS juga bakal menjadi hab pengangkutan di negeri ini apabila ia dipilih sebagai satu daripada stesen utama di Kuantan untuk projek Landasan Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Laluan jajaran itu dijangka akan mula dibina akhir tahun ini dan dijangka siap pada 2021 bagi fasa satu melibatkan jajaran negeri Pahang.

“Selain itu, pihak KotaSAS juga merancang mewujudkan beberapa lagi pembangunan seperti Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri Pahang, Masjid Negeri II, kemudahan kesihatan dan perubatan selain pusat membeli-belah,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: PahangTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd