Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Anak Lembu Keliru, Sangka...

SEEKOR anak lembu di California menjadi sensasi Internet selepas dipercayai mengalami 'kecelaruan identiti'.Goliath...

Kitar Semula Coli Lama...

KUALA LUMPUR - Sesetengah pakaian lama terutamanya yang masih dalam keadaan elok memang...

Akta Barang Lusuh Perlu...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sekali lagi menggesa agar Akta Barang Lusuh 1946...

Bantuan Kewangan Kepada Pemain...

PUTRAJAYA : Kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai bantuan kewangan kepada pemain industri pertanian...

Konsortium Hospital Pengajar University Awam Ditubuhkan

PUTRAJAYA – Sebuah Konsortium Hospital Pengajar Universiti Awam ditubuhkan dengan kerjasama lima hospital pengajar universiti bagi memastikan pendidikan perubatan berintergrasi dan melahirkan lebih ramai pakar.

Lima hospital pengajar berkenaan ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PPUIAM) dan Hospital Pengajar Universiti Teknologi Mara.

Kelima-lima hospital pengajar berkenaan menandatangani satu memorandum perjanjian bagi penubuhan konsortium itu Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, hari ini dengan disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Selain lima hospital pengajar universiti berkenaan, enam universiti awam yang menawarkan program perubatan namum belum mempunyai hospital pengajar turut menandatangani aku janji sebagai tanda sokongan.

Universiti berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).


Idris dalam ucapannya berkata seorang ketua pegawai eksekutif akan dilantik bagi menerajui konsortium itu.

“Penubuhan konsortium ini diharap dapat meningkatkan ranking universiti yang terlibat,”katanya.

Pada masa ini, ranking pengajian perubatan di dunia, Universiti Malaya berada pada tangga 50 teratas sementara Universiti Sains Malaysia pada tangga ke-53. – BERNAMA

Kategori