Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

J/kuasa Khas Tangani Kegiatan...

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Tinggi mempunyai jawatankuasa khas untuk menangani awal penglibatan...

Korea Selatan Haram Kopi...

TEGAS... Korea Selatan mengharamkan penjualan kopi di sekolah-sekolah di merata negara itu dalam...

Jangan Tertipu Pakej Murah...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengingatkan umat Islam...

Guru Matematik Tambahan Catat...

KUALA LUMPUR - Seorang guru Matematik Tambahan melakar nama dalam Malaysia Book Of...

KKM Anjur Pertandingan Video Kreatif, Hadiah RM5K

BAGI meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap imunisasi, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganjurkan satu pertandingan menerbitkan video kreatif.

Pertandingan yang dibuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 hingga 40 tahun itu mengetengahkan tema, ‘Anda Sihat Kerana Imunisasi Melindungimu’.

KKM Anjur Pertandingan Video Kreatif, Tawar Hadiah RM5K

Penyertaan adalah terbuka secara individu atau berkumpulan dan peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

Video yang dihasilkan pula mestilah tidak melebihi tiga minit, termasuk montaj dan kredit video.

Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 Jun 2017 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.


Pemenang utama pertandingan akan meraih hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil penyertaan, tempat kedua RM3,000 beserta sijil penyertaan dan ketiga, RM2,000 beserta sijil penyertaan.

Bagi yang berminat, anda dikehendaki mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang www.infosihat.gov.my MYNEWSHUB.CC

Kategori