• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor daripada sebuah kinik swasta yang dilaporkan merawat mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang disahkan meninggal dunia akibat didera, dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata pihaknya akan memanggil doktor berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berikutan kegagalan doktor itu melaporkan kecederaan yang dialami Zulfarhan Osman kepada pihak polis.

“Kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Biasanya jika pesakit itu mengalami kecederaan berpunca daripada kemalangan atau yang dipercayai mempunyai unsur jenayah, doktor dan pihak hospital perlu melaporkan perkara itu terus kepada polis.

“Jika tidak dilaporkan itu adalah salah, kerana ia merupakan tanggungjawab dan amalan yang seharusnya dilakukan oleh doktor yang merawat pesakit berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan memanggil doktor berkenaan dilakukan berdasarkan etika profesional yang diguna pakai Kementerian Kesihatan.

“Tindakan doktor itu yang tidak melaporkan kes jenayah seperti ini boleh dipersoalkan… bagaimanapun kes ini tetap di bawah seliaan dan siasatan pihak polis,” katanya.

Zulfarhan Osman, 21, yang merupakan Pegawai Kadet Laut di universiti itu meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun lepas dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Mangsa sebelum itu dipercayai menerima rawatan sebanyak dua kali di klinik swasta berkenaan dan difahamkan doktor yang merawat mangsa tidak mengarahkan mangsa segera dihantar ke hospital walaupun menyedari keadaan mangsa parah.

Sementara itu, Dr Subramaniam, yang juga Presiden MIC, berkata kerajaan akan mewujudkan pendidikan prasekolah di 530 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), seluruh negara, sebagai memenuhi keperluan pendidikan awal anak-anak kaum India di negara ini.

“Prasekolah ini akan diwujudkan secara berperingkat. Untuk permulaan 50 prasekolah akan diadakan di SJKT, pada tahun ini. Bilangan itu akan bertambah dengan 50 lagi prasekolah pada tahun hadapan dan begitu juga (50 prasekolah) untuk tahun seterusnya,” katanya.

Beliau berharap inisitaf itu akan menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan awal, sekali gus mengekang masalah keciciran pembelajaran dalam kalangan anak-anak kaum India. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamZulfarhan Osman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Putuskan 18 Pelajar UPNM Bersalah Kes Bunuh Zulfarhan

02/11/2021
0

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah di atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan...

Bunuh Zulfarhan: Nasib 18 Penuntut UPNM Diketahui Esok

02/11/2021
0

18 penuntut universiti yang gagal menahan marah dan walaupun terpelajar serta bijak, percaya cakap seorang bomoh. Bertindak menyiksa mangsa termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd