Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

PM Arah Kementerian Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian...

“Saya Pasti Ada Saiz...

KUALA LUMUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya memakai baju...

UMNO Tak Berbangga Berada...

KUALA LUMPUR - UMNO tidak berbangga berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana...

“Chong Wei Buat Saya...

KESUNGGUHAN dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Datuk Lee Chong Wei membuatkan ketua jurulatih...

Khalid Dijadual Bersara KPN Pada September

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahwa beliau dijadual bersara wajib pada 5 September depan.

“Ya saya bersara wajib bulan September ini, saya cukup 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Bukit Aman, di sini hari ini.

Pada majlis itu, DCP Datuk Mahamad Akhir Darus yang memulakan kerjayanya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1976 bersara wajib pada 18 Jun ini diganti oleh Ketua Polis Daerah Brickfields, SAC Sharul Othman Mansor.

Khalid mula menyertai pasukan polis sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 5 Disember 1976 dan mula memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013 menggantikan Tan Sri Ismail Omar.

Ketika diminta mengulas dakwaan portal Sarawak Report yang mengaitkan hubungan beliau dan beberapa pegawai tertinggi PDRM dengan Gopinathan Krishnan atau Gopi, suspek kes melindungi pusat judi haram di Melaka, Khalid sekali lagi menegaskan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang menyiasat perkara itu dan polis tidak akan campur tangan.


Sarawak Report ini sengaja hendak memburuk-burukkan saya dan organisasi saya. Kita dah tahu kes itu sedang disiasat SPRM, biarlah SPRM siasat, kalau ada perkara-perkara atau kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa, sama ada Gopi ataupun pegawai saya, tindakan akan diambil.

“Tak payah la Sarawak Report nak tambah semangkuk (campur tangan) pula, biarlah SPRM menjalankan siasatan dan tunggu laporan mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori