• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan, pagi tadi.

Harian Metro melaporkan, mangsa yang berusia 29 tahun itu ditemui kira-kira jam 9 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri atas kerusi serta kesan darah di bawah kerusi di pejabatnya oleh anggota polis.

Mangsa yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial sepatutnya menghadiri mesyuarat pada 9 pagi tadi namun tidak munculkan diri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa bertugas dari 8 malam semalam hingga 8 pagi tadi serta membuat rondaan di sekitar Pasir Puteh.

Menurutnya, rakan mangsa ada mendengar bunyi tembakan antara jam 4 hingga 5 pagi, namun tidak mengesyaki sebarang perkara yang mencurigakan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika ditemui dan dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat,” katanya.

Jelasnya, setakat ini kes membabitkan mangsa yang berasal dari Selangor ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Namun polis masih menjalan siasatan lanjut untuk mengetahui motif kejadian termasuk sama ada mangsa mengalami tekanan atau sebaliknya. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: MATIpolistembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd