Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Lynas Tunggu Makluman Rasmi...

SYDNEY – Lynas Corporation Limited (Lynas) menunggu pemberitahuan rasmi daripada Kerajaan Malaysia berhubung...

Ebola Jejas Kejohanan Piala...

FREETOWN - Wabak Ebola yang semakin merebak mencetuskan masalah besar dalam dunia sukan...

Kanak-Kanak Lelaki 5 Tahun...

SIK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat lemas selepas terjatuh...

Anda Berpeluang Memenangi Baucar...

SEMPENA 12.12, kita dapat melihat banyak laman perniagaan atas talian mula menawarkan harga...

Kereta Bertembung: Dua Maut Tercampak, 2 Cedera

DUA lelaki maut tercampak dari kereta yang dinaiki manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Kamunting Lama di hadapan Kem Sangro, Taiping, Perak awal pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.37 pagi itu, S Yugandren, 27, dan M Kalidadan, 25, yang merupakan penumpang kereta jenis Proton Saga FLX meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati Audi A5 dipandu lelaki berusia 47 tahun dalam perjalanan dari Batu Kurau ke Taiping, manakala Proton Saga pula dari arah bertentangan dinaiki tiga lelaki.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, Proton Saga berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan hingga mengakibatkan pemandu Audi A5 gagal mengelak lalu dua-dua kenderaan itu berlanggar.

“Akibat pelanggaran itu, dua penumpang Proton Saga tercampak keluar dari kereta dan maut di tempat kejadian, manakala pemandunya, S Sivanesan, 26, cedera di kepala dan pemandu Audi A5 pula hanya cedera di tangan kanan.

“Mayat dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat dan mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori