• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepulangan Misbun Ke BAM Kembalikan Kegemilangan

oleh Ahmad Albab
10/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepulangan legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selaku ketua jurulatih perseorangan negara disambut baik Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Menurutnya, Misbun merupakan antara jurulatih terbaik yang pernah dihasilkan oleh BAM dan sebagai seorang yang pernah bekerjasama dengan Misbun sebelum ini, beliau percaya kepulangan legenda itu bakal mengembalikan kegemilangan pemain perseorangan negara.

“Dengan kehadiran Misbun dalam BAM, beliau akan membantu meningkatkan prestasi pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei serta membangkitkan kembali semangat pemain perseorangan badminton negara yang lain.

“Beliau juga akan memastikan kesinambungan dalam melahirkan pemain-pemain muda yang bakal menggantikan tempat Chong Wei pada masa akan datang,” katanya pada program Kasih Sesuci Lebaran bersama 73 anak yatim anjuran Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Nouvelles Visages, di Mydin Mall, Subang Jaya hari ini.

Ahmad Shapawi berkata dalam usaha Chong Wei untuk bergelar juara dunia, pemain itu memerlukan sokongan serta bimbingan daripada jurulatih yang berpengalaman dan individu yang benar-benar mengenali rentak permainan Chong Wei.

“Kita harus menyokong hasrat Chong Wei yang masih lagi ingin menabur bakti serta mengharumkan nama negara walaupun umurnya sudah mencecah 34 tahun.

“Jadi keazaman beliau yang ingin menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti memerlukan sokongan kejurulatihan yang mantap dan Misbun merupakan pilihan yang tepat,” katanya.

Ahmad Shapawi berpendapat dengan kepulangan Misbun, pemain-pemain muda dalam BAM juga akan menerima tempias berkaitan strategi permainan serta kemahiran teknikal dalam setiap latihan yang dikendalikannya.

Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul sebagai pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England. – BERNAMA

Tags: BAMDatuk Misbun Sidek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aidilfitri: Kerajaan Digesa Tiadakan Bunga Api, Mercun

Next Post

Zika Di Singapura: Malaysia Ketat Saringan Kesihatan

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Zika Di Singapura: Malaysia Ketat Saringan Kesihatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd