• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemelut FGV Kepentingan Syarikat, Bukan Individu

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kemelut Felda Global Holdings Bhd (FGV) perlu diselesaikan segera bukan atas dasar kepentingan atau kemenangan individu, sebaliknya demi memastikan syarikat itu kembali fokus kepada urus tadbir perniagaan khususnya dalam industri sawit.

Ketika menegaskan perkara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata​​​​​ kemelut yang berpanjangan dikhuatiri akan menjejaskan keyakinan peneroka, pelabur serta keuntungan Felda.

“Kemelut FGV perlu betul-betul diselesaikan, bukan soal siapa yang menang. Jika kemelut FGV tidak selesai, Felda juga akan menerima kesannya dan pembayaran dividen kepada peneroka juga boleh terkesan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga melihat perkara ini dengan serius sebab itulah beliau bertindak melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah dan saya rasa itu langkah yang bagus.

“Bagi saya ini mustahak untuk (membolehkan) FGV dilihat sebagai syarikat yang memiliki urus tadbir yang baik dan faham tentang perniagaan sawitnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian bantuan sumbangan Aidilfitri kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya di Dewan Serbaguna Majidee di sini, petang tadi.

Shahrir diminta mengulas kemelut yang menyaksikan Ketua Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarah bercuti berkuat kuasa serta-merta pada Selasa lepas.

Selain itu, Shahrir juga meminta FGV untuk memutuskan segera pelantikan tiga nama yang mewakili Felda dalam syarikat itu bagi membantu menyelesaikan kemelut berkenaan.

Tegasnya, ini merupakan permintaan biasa sejajar kedudukan Felda sebagai pemegang saham terbesar FGV sebanyak 33 peratus.

“Pada 23 Mei lepas, kita (Lembaga Felda) telah membuat keputusan untuk menamakan tiga wakil dalam Lembaga Pengarah FGV.

“Kalau tiada sebarang jawapan, saya sendiri akan tulis surat dengan cadangan tiga nama yang telah diputuskan bagi dilantik sebagai wakil Felda minggu depan,” katanya.

Tiga nama itu membabitkan dua daripada bahagian pengurusan manakala seorang lagi mewakili Lembaga Pengarah Felda. – BERNAMA

Tags: FGVTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd