• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Etnik Rohingya Dijual Untuk Mengemis

oleh Ahmad Albab
02/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya membongkar satu sindiket penjualan kanak-kanak etnik Rohingya dengan harga RM1,200 hingga RM1,500 untuk tujuan mengemis selepas menyelamatkan sembilan kanak-kanak dan dua remaja yang dkurung di sebuah premis di Jalan Hang Kasturi di sini, semalam.

Dalam operasi bermula 11 pagi itu, tujuh kanak-kanak lelaki dan dua perempuan serta dua remaja lelaki, kesemua berusia 10 hingga 20 tahun diselamatkan oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi , Supt Habibi Majinji berkata dalam operasi itu, enam individu warga Myanmar terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 30 tahun dipercayai dalang utama sindiket itu telah ditahan.

“Polis turut merampas lima buah buku catatan aktiviti penjualan kanak-kanak, enam buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM12,400 dipercayai hasil jualan,” katanya dalam sidang media di IPD Dang Wangi di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan semakan ke atas buku catatan itu, seramai enam individu telah dijual oleh sindiket ini.

“Suspek mengambil mangsa di kawasan di utara tanah air dan membawanya ke ibu kota sebelum mengurung mangsa.

“Sekiranya ada permintaan mangsa akan dijual mengikut harga tertentu,” katanya.

Menurut Habibi, kumpulan ini aktif menjalankan aktiviti penjualan kanak-kanak dengan harga antara RM1,200 hingga RM1,500 kepada individu tertentu dipercayai bagi menjalankan kegiatan meminta sedekah.

“Kami masih menyiasat siapa individu yang membeli mereka ini ,” katanya.

Habibi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmengemis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd