Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Dipenjara 25 Tahun, 20...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran terpaksa meringkuk lebih lama dalam penjara selepas...

Lama Bercinta, Ainul Tunggu...

SERING dikaitkan dengan kontroversi kerana tampil berani dengan imej 'tak cukup kain', tetapi...

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000...

Lebih 40,000 Hilang Pekerjaan

KUALA LUMPUR - Sejumlah 40,680 kes hilang pekerjaan direkodkan dalam negara setakat bulan...

Kambing Macam Manusia Gemparkan Penduduk

BERITA kelahiran seekor anak kambing yang kelihatan seperti separuh binatang dan separuh manusia telah mencetuskan ketakutan di kalangan penduduk di Lady Frere di Afrika Selatan kerana mereka percaya ia `dihantar’ oleh syaitan.

Ia juga menyebabkan 4,000 penduduk di situ yakin ahli sihir telah membantu kelahiran anak kambing berkenaan.

Disebabkan ketakutan tersebut, Jabatan Veterinar terpaksa menghantar pakar untuk melakukan ujian ketika gambar binatang tersebut tersebar dengan pantas umpama api yang sedang marak.

Anak Kambing

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Lubabalo Mrwebi, sekali pandang memang anak kambing yang dilahirkan mati itu nampak seperti separuh menusia tetapi ia bukan bahagian badan manusia.

“Kami boleh mengesahkan bahawa gambar itu bukan palsu dan ia merupakan anak kambing yang dilahirkan di Lady Frere pada minggu ini,’’ katanya.

Keadaan itu berlaku disebabkan ketika dalam kandungan ibunya, ia telah dijangkiti demam Rift Valley, yang dibawa oleh nyamuk.


Justeru katanya adalah mitos sama sekali bahawa air mani manusia boleh menyebabkan pembentukan seperti itu.

Susulan itu Jabatan Veterinar kini sedang menjalankan bedah siasat secara rasmi dan hasilnya akan dimaklumkan kepada penduduk yang kini dalam ketakutan.

Sementara itu, salah seorang penduduk berkata, dia dimaklumkan oleh orang tua-tua di situ bahawa kambing berkenaan merupakan hasil persetubuhan antara manusia dengan kambing.

“Ia menyebabkan ramai yang takut dan mereka tidak akan puas hati sehinggalah kambing itu dibakar,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori