• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jutawan Senjata Saudi, Adnan Khashoggi Meninggal

oleh
08/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Peniaga senjata terkenal Arab Saudi, Adnan Khashoggi, jutawan yang terkenal dengan gaya hidup mewah, disahkan meninggal dunia di sini pada usia 82 tahun, kata ahli keluarganya.

“Dengan rasa sedih, pihak keluarga mengumumkan bahawa bapa kesayangan kami meninggal dalam keadaan tenang di London ketika menerima rawatan atas penyakit Parkinson,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga bapa saudara allahyarham Dodi Al-Fayed, kekasih kepada Puteri Diana; dilaporkan kembali ke Rahmatullah sewaktu dirawat di pusat perubatan elit, Hospital St. Thomas di ibu kota Britain itu pada Selasa.

Allahyarham Adnan yang dilahirkan di Makkah pada 25 Julai 1935 serta berketurunan Turki; meninggalkan dua orang balu, Soraya Khashoggi dan Lamia Khashoggi dengan enam anak termasuk seorang anak perempuan, Nabila.

Turut dieja nama sebagai Adnan Kaşıkçı dalam bahasa Turki, allahyarham menetap di Monaco, sebuah negara kecil dekat Perancis; dan pernah memiliki kekayaan AS$4 bilion (RM17 bilion) sewaktu zaman kemuncak era 1980-an.

Beliau mula menjadi terkenal kerana terlibat dalam pelbagai urusan jual beli senjata kontroversi di seluruh dunia khasnya negara bergolak selain pembekal persenjataan Amerika Syarikat untuk Arab Saudi sendiri pada 1970-an.

Bekas ketua editor akhbar Asharq Al-Awsat dan pengasas Elaph, akhbar online pertama berbahasa Arab, Othman Al-Omeir menyifatkan allahyarham Adnan sebagai memiliki personaliti yang berwarna-warni dalam hidupnya.

Beliau malah menggelarkan allahyarham sebagai ‘Bill Gates’ ketika zaman keemasannya selain ‘Onassis dunia Arab’ yang merujuk kepada jutawan tersohor Greek, Aristotle Socrates Onassis waktu itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Adnan KhashoggiArab Saudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd