• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J/kuasa Kerja Akan Dibentuk Perkemas Program KAFA

oleh Ahmad Albab
17/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membentuk satu jawatankuasa kerja bagi memperkemaskan lagi Program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sedia ada.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jawatankuasa itu nanti akan membincangkan kaedah bagi menaik taraf program berkenaan kepada satu sistem yang lebih berorganisasi dan kemas.

“…apa yang ada sekarang? Sistem pun tidak ada, hanya guru sahaja pergi sekolah mengajar, lepas itu balik, ia hanya program (KAFA), organisasi itu sendiri hendak diperkemaskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pegawai masjid dan guru KAFA serta kakitangan Pejabat Agama Daerah Padang Terap di sini, hari ini.

Mahdzir berkata jawatankuasa tertinggi bagi pihak Jakim yang terlibat dalam jawatankuasa kerja itu adalah Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agam Islam (Lepai) yang berada di bawah Majlis Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata hasil dapatan daripada jawatankuasa kerja itu nanti akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu sebagai makluman berhubung sistem baharu KAFA sebelum Kementerian Pendidikan melaksanakannya.

“Apabila siap nanti daripada program kepada sistem, baru kita hendak maklumkan kepada Raja-Raja Melayu bagaimana proses ini akan berlangsung, selepas itu baru dilaksanakan,” katanya.

Pada majlis itu lebih 500 penerima menerima sumbangan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidKAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd