Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Hiasi Rumah Jadi Tema...

JOHOR BAHRU - Setiap tahun sejak hampir 20 tahun lepas, seorang peniaga, M....

Lima Perkara Utama Tumpuan...

PERDANA Menteri sudah mendapat isyarat yang jelas daripada rakyat melalui projek komunikasi online...

Anwar Ibrahim Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR - Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara atas...

Usaha Nicol Buru Gelaran...

KUALA LUMPUR - Usaha ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk memburu gelaran...

Jepun, Turki Sepakat Bina Loji Tenaga Nuklear

TOKYO – Jepun dan Turki bersetuju untuk menyegerakan pembinaan loji tenaga nuklear di utara Turki, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Pembinaan loji nuklear di kawasan pesisir Laut Hitam akan dilaksanakan konsortium Perancis dan Jepun, termasuk peneraju global dalam industri penjanaan kuasa Mitsubishi Heavy Industries Ltd, di bawah perjanjian kerjasama nuklear dua hala yang membolehkan Jepun mengeksport reaktor nuklear ke Turki.

Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu yang kini mengadakan lawatan ke Jepun, turut mengalu-alukan lawatan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ke negaranya dalam masa terdekat.

Pelawaan itu dibuat Cavusoglu ketika mengadakan pertemuan dengan Abe di pejabat Perdana Menteri Jepun itu pada Khamis.

Sementara itu, dalam perkembangan lain,Cavusoglu menyuarakan kebimbangan mengenai situasi tegang di rantau Teluk yang menyaksikan Arab Saudi dan beberapa negara Teluk lain memutuskan hubungan dengan Qatar, mungkin akan berlarutan dalam tempoh yang lama.

Kumpulan negara Teluk yang diketuai Arab Saudi turut mengenakan ‘sekatan’ ekonomi terhadap Qatar awal bulan ini setelah mendakwa Doha menyokong keganasan.


Menurut Cavusoglu, keamanan dan kestabilan negara-negara di Teluk Parsi yang kaya dengan sumber tenaga utama, amat penting kepada dunia.

Cavusoglu berkata Turki bagaimanapun tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam krisis tersebut.

Jelasnya, Turki menganggap semua negara Teluk, termasuk Arab Saudi, sebagai sekutu rapat negaranya dan menegaskan Turki akan melakukan usaha mediasi yang perlu untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak.

– BERNAMA

Kategori