• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terkinja-Kinja Sokong Arab Saudi, Qatar – PPMM

oleh Ahmad Albab
15/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kita sebenarnya sudah tidak mempunyai masa untuk bercakaran sesama sendiri. Kepentingan agama Islam dan persaudaraan hendaklah diberi keutamaan.”

Demikian pandangan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berhubung ketegangan yang berlaku antara Qatar dengan beberapa negara Arab lain.

Menurut beliau, negara Islam seharusnya merapatkan saf perpaduan dan bersatu dalam segala tindakan kerana umat Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab yang terlalu banyak untuk digalas bersama.

“Peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan ini sangat mengejutkan umat Islam apabila hubungan beberapa negara Islam dengan Qatar diputuskan. Perpecahan umat Islam di peringkat antarabangsa semakin jelas.

“Natijahnya sebaik sejurus penamatan hubungan tersebut pelbagai pihak seolah-olah berebut-rebut mahu merakamkan pendapat mereka sama ada menyebelahi kumpulan negara-negara Arab yang memutuskan hubungan diketuai Arab Saudi atau Qatar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zainul Rijal berkata, beliau mendapati pelbagai tulisan pandangan serta kenyataan dibuat rakyat Malaysia memuji satu pihak dan menghina pihak satu lagi, malah ungkapan serta cerita tidak pernah didengar mula ditularkan di media sosial.

Kata beliau, walau apapun alasan pemutusan hubungan tersebut oleh negara-negara Arab atau pembelaan yang diberikan oleh Qatar, PPPM merayu agar umat Islam Malaysia tidak terkinja-kinja menyokong mana-mana pihak.

Jelas beliau, betul atau tidak tindakan suatu pihak bukan perkara yang wajar menjadi teras, sebaliknya memainkan peranan menjadi perantara menyelesaikan pertikaian tersebut berdasarkan prinsip-prinsip agama Islam lebih utama.

“Memainkan peranan sebagai perantara atau mediator ini adalah lebih mulia daripada menyokong mana-mana pihak samada betul atau salah. Malaysia perlu menzahirkan sikap neutral bagi menjalankan peranan sebagai perantara ini. Apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara Islam yang amat dihormati di kalangan negara Islam dan bukan Islam.

“PPMM juga menyeru umat Islam menghentikan memihak mana-mana pihak, berusaha mendamaikan dua saudara yang sedang bertikai atau sekurang-kurangnya berdoa agar kemelut yang dihadapi negara Islam di bulan Ramadhan ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Arab SaudiPPMMQATAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Malaysia, Qatar Sepakat Sokong Isu Palestin, Selaras Pendirian Di Pentas Antarabangsa

Parlimen Malaysia, Qatar Sepakat Sokong Isu Palestin, Selaras Pendirian Di Pentas Antarabangsa

29/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Parlimen Malaysia dan Qatar sepakat untuk terus menyokong isu Palestin, menyelaraskan pendirian bersama, serta memperkukuh kerjasama di...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd